Terima Kasih

TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG SK SELAMA

Program sekolah SKS

Maklumat Sekolah






                                                                                    Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Selama (K), ditubuhkan pada tahun 1965. Bermula dengan 1 blok bangunan setingkat yang mengandungi kelas Tahun 1 – 3 dan satu bilik dijadikan sebagai pejabat pentadbiran. Keluasan kawasan ialah 7.5 ekar. Guru Besar pertama SKS ialah En Abdul Hamid bin Ahmad yang berasal dari Bandar Baharu,Kedah. Bilangan kakitangan seramai 5 orang guru dan seorang  tukang kebun. Jumlah murid SKS pada ketika itu dianggarkan seramai 90 murid. Dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Dato Khir Johari bin Mohamad pada 24 Jun 1967. Kini SKS genap 41 tahun.

Kini Sekolah Kebangsaan Selama (K) mempunyai kelas bagi tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 dan satu kelas PRA untuk menampung murid-murid. Seiring dengan wawasan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan pendidikan berasaskan teknologi dan bertaraf dunia, sebuah makmal ICT telah dibangunkan pada tahun 2002 untuk kegunaan murid-murid.

Dengan cogankata ‘Ilmu Panduan Hidup sekolah ini semakin berkembang maju sebagai tempat mencari dan mencurah ilmu dengan semangat kerjasama berpasukan setiap warga atas kepentingan bersama untuk kebaikan sejagat.

Azam warga SKS, adalah lirik lagu sekolah  digubah oleh guru sekolah ini sendiri, Iaitu En. Mohd Zaki bin Jaafar . Lagu bertemakan patriotik ini diharapkan dapat membakar semangat warga SKS supaya berdiri sama megah dan berlari sama gagah menyahut seruan pendidikan cemerlang, gemilang dan terbilang

Dalam tempoh 41 tahun penubuhannya jelas bahawa SKS telah berkembang pesat dalam memberi sumbangan mendidik masyarakat dari pelbagai kelompok atau lapisan masyarakat di sekitarnya. Dalam tempoh tersebut seramai 11 orang telah berperanan menerajui sekolah ini seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Bil
Nama Pengetua
Tempoh Berkhidmat
Tahun Mula
Tahun Tamat
1
En Abdul Hamid bin Ahmad
1965
1973
2
En Abdul Wahab bin Ahmad
1973
1980
3
En Lat bin Ismail
1980
1983
4
En Darus bin Abdullah  
1983
1987
5
En Talib bin Din
1987
1990
6
En Osman bin Abdul Karim
1990
1992
8
En Ismail bin Abdul Karim
1993
1996
9
Tn Hj Abdullah bin Hj Abd Aziz
1997
1999
10
En Muhammad bin Md Desa
2000
2003
11
En Sulaiman bin Abdullah
2004
2006
12
Tn Hj. Arshad bin Shariff
2006
2007
13
Pn Hjh Azizan Binti Ab Rahman
2008
2009
14
En Abdul Rashid Bin Mohd Kassim
2009
Mac 2010
15

Pn Hjh Ramlah bt Othman
2010
31/07/2013
16
Pn Rabiaton Adawiah Bt Othman
01.08.2013
Sekarang
 Senarai Kepimpinan SKS



No comments:

Post a Comment