Terima Kasih

TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG SK SELAMA

Program sekolah SKS

Tuesday 25 June 2013

Objektif Sekolah Sk Selama (K)

Untuk memperkukuh iltizam sekolah dalam menjadikan SKS sebagai sebuah institusi yang cemerlang, SKS turut menggariskan perkara-perkara berikut sebagai janji mereka.

1.      Calon sekolah ini yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencapai peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran melebihi peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran bagi peringkat daerah dan negeri pada setiap tahun.

2.      Pencapaian sekolah bagi UPSR berada dalam kedudukan sepuluh sekolah terbaik dalam daerah Kulim Bandar Baharu berdasarkan pencapaian peratus calon memperoleh kelulusan semua mata pelajaran pada setiap tahun di negeri Kedah.

3.      Pasukan sekolah sekurang-kurangnya mencapai 2 kejuaraan dalam pertandingan-pertandingan kokurikulum yang disertai dalam satu tahun akademik di peringkat PKG, Daerah, Negeri atau Kebangsaan.

4.      Pelajar yang meminta bantuan bimbingan dan kaunseling, menerima perkhidmatan berkenaan dalam tempoh dua hari kerja dari hari permintaan dilakukan.

5.      Setiap pelajar membaca sekurang-kurangnya sepuluh buah buku, selain buku akademik dalam satu tahun akademik.

6.      Baucar pembayaran perolehan barangan atau perkhidmatan siap disediakan dalam tempoh seminggu setelah barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan disahkan mencapai keperluan yang ditetapkan dan bilnya diterima.

7.      Aduan atau cadangan pelanggan yang didaftarkan dijawab dalam tempoh selewat-lewatnya seminggu setelah aduan atau cadangan berkenaan diterima

8.      Kadar keciciran di kalangan pelajar berada pada tahap kurang daripada satu peratus setiap tahun.

9.      Guru dan  staf sokongan baru diberi sesi latihan dalaman dalam tempoh sebulan setelah melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.


No comments:

Post a Comment